::Nuffnanglicious::

Wednesday, September 22, 2010

::Cikgu, Nak Air Mata Kucing Satu::


Hari ni first day kt skolah.
Kelas Form 2 sesi berkenalan semata-mata.
Kelas Form 3 tak sempat nak kenal sbb diorang tgh gerak gempur.
So kita bekenalan next time eh.

Hmm.
Ingatkan takde sape perasan aku niaga kt bazar aritu.
Kelas kedua aku masuk hari ni, ada sorang yg perasan.
Bila aku cerita je aku niaga kt bazar aritu, terdengar suara budak lelaki kat belakang.

Budak Laki: Haaaa...betul lah! Kan aku dah kata tadi. Ni la akak yang jual air tu!
Cikgu Ain: Haa..ye dik, nak beli air apa dik??
Budak Laki: Err..hmm...hehehhh..cikgu, nak air mata kucing satu. (Sambil tersengih-sengih macam kerang wangi)
Cikgu Ain: Air mata kucing ye dik. Boleh2..tahun depan ye.Jangan lupa beli ye. 

Keh3..satu kelas da bantai gelakkan budak tu.
Hm..lantak korang lah.
Aku pun join gelak skali.

Tapi kbykn kelas yg aku masuk, mesti budak-budak ni gelak bila dengar aku cakap aku berniaga.
Kenapa?? Tak percaya??
Tak tau lah aku apa yang diorang fikirkan. 
Maybe dalam hati diorg kata eeee yekkk meniaga mesti orang mis*** ni.
Hahaha..entahlah..ada aku kesah??

Anda takkan tahu nikmatnya berniaga @ jadi usahawan selagi anda tak rasa sendiri.
Aku sendiri masa first time tlg Zul Adham jual ayam percik kt KUO dulu, memang segan tak hengat la.
Tapi lama-lama segan tu hilang and dah tak malu dah nak panggil2 akak2, adek2 abang2 datang membeli.
And yang paling best, bila dapat gaji!!!
Hahaha. Massyuukkk okey.
Hasil titik peluh sendiri, penat lelah, senyum manis, ramah mesra dengan customer.
Berbaloi2..

Keh..
Nak tolong iBu wat Kuih Apam 1 Malaysia.
Jangan segan2 nak tempah ok!
=)

Gambar ni tiada kaitan ngn entry.
Tapi ni la anak buah aku yang the latest.
Masa Hari Raya Pertama.
Nama nya aku tak ingat Syamim ape tah.
Nama budak2 sekarang glamor2.
Hehehe..ada banyak lagi gambar.
Nanti malam2 siket baru upload gambar raya kt pesbuk.
Malas nak upload sebenarnya.
Seronok tengok gambar orang lain beraya je kat pesbuk tuh.
Hahaha.
Selamat Hari Raya.

p/s: Baru diperkenalkan dengan lagu baru by Enrique Iglesias - Somebody's Me
And that song really suits HER. Thank you very much.
P.E.A.C.E
::SILA LIKE JIKA ANDA SUKA ENTRY INI::TERIMA KASIH:: =)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

::Nuffnanglicious::