::Nuffnanglicious::

Sunday, September 26, 2010

::Seri Pengantin::

Selamat Pengantin Baru untuk sahabat kami.
Siti Noor Fairouz dan pasangannya Ahmad Tarmizi.

Berseri-seri muka pengantin baru.
Memang selalu nya raja sehari mestilah yang paling cantik pada hari bersejarah diorang kan.
Aku tak cakap kosong.
Tengok sendiri kawan-kawan kita yang dah kahwin.
Kadang-kadang sampai kawan lama tengok pun tak kenal.
Huhu...takpe janji seri pengantin tu tetap ada.

Kenapa??
Tak percaya??
Jom tengok my lovely friends yang berseri2 time wedding and engagement diorang.

 This is the latest bride among my best friends.
Semoga kekal bersama ke akhir hayat Yus.
Semoga berjaya mencipta kejayaan jadi Dr.Yus dan Dr.Mizi


Yang ni Puan Piah kesayangan..haha..gmbr ni curik kt pesbuk dia.
Baru je minggu lepas kot majlis tunang nya.
Puan Piah jgn marah tau.
Cepat2 la suh Tuan Pijoe belanja kitorang satu batalion nasik minyak.
Nanti kitorang datang naik 3 tan.
Selamat bertunang Puan Sofia n Tuan Azrif.
=P

Ini kakak aku.
Hahaha..tipu je.
Ni Kak Sahida Nikihsa (Nama tu tipu oke. Hahak)
Kakak lain mak lain bapak ok.
Gene pool langsung tak sama.
Tapi rindu nak tengok muka cik akak yang chomey nih.
Gmbr ni pun curik kat pesbuk sebab tak dapat attend majlis dia aritu.
Hari-hari kat sekolah pun dah lawa.
Lagi la kalo dah mekap pengantin.
Tapi ni belum lagi. 
Ni baru Majlis Bertunang oke.
Dengan Abg Lab yg kontroversi tu.
Kehkehkeh.
Jangan marah kakak.
Abg Lab jaga kakak elok-elok tau.
Semoga berbahagia ke jinjang pelamin n kekal bersama ke akhir hayat.

Ini Mimie member sekolah menengah aku.
Zaman dulu selalu gi kelas tambahan sama-sama time nak SPM.
Lama tak dengar khabar.
Tiba-tiba dapat tau dah selamat kahwin.
Dah nak bersalin plak aku dengar sekarang ni.
Heheh.
Semoga berbahagia ngan insan tersayang ea Mimie.
=)

This one is not my sister.
Tapi Cik Cahaya Kebahagiaan punya sister.
Hehe sory Kak Yan tercurik gambar akak kt pesbuk.
Hehehe.
But i really love to see the photos in her Royal Engagement album.
Cantik-cantik hantarannya.
Kak Yan lagi laaa cantik.
Sweet Kak Yan.
=]

This one is my former lab tutor mase kt uni.
Dulu-dulu panggil Cik Midah.
Cik Midah yang sangat chomeyl ngn attitude nya yang gila-gila.
Tengok gambar-gambar wedding dia pun alahai...sweet.
Berseri-seri Puan Midah ye.
Good Luck untuk level yang seterusnya.
Semoga dapat menimang cahaya mata soon.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan Puan Midah.
;)

Ok..yang ni the last one.
My best friend Mira punya wedding.
Sangat berseri-seri muka dia.
Baby Iman pun dah besar sekarang dah boleh lari-lari.
Maintain ayu ok Mira.
Friends forever.
=)

Hamboih..banyak betul gambar pengantin aku letak.
Hahak..suka hati aku la belog aku.
Heheh.

Hm..ni ade sedikit info tentang Seri Pengantin.


44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar, kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !

30 hari sebelum hari perkahwinan – Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. Cubalah.

Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.

Haa..tu dia petua orang dulu kala.
Senang je tu.
Tinggal tunggu tuan punya badan je rajin ke tak rajin nak buat.
Ok.
Nak gi tolong ibu wt Kuih Apam.
hmm...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


Yang ni bila pulak nak berseri-seri pengantin ni??
Hahaha..tak sabar oke..sape tak nak kahwin??
Hm..seriously..doakanlah jodoh kami cepat sampai.
Tolonglah doakan kami kuat hadapi dugaan dan ujian dalam perhubungan ni.
Semoga dimurahkan rezeki kami dan dipermudahkan jalan kami nak bina Baitul Muslim.
Aminnn..

Err..nak camni boleh tak???hikhik.
Credit to Pacik Google.

::SILA LIKE JIKA ANDA SUKA ENTRY INI::TERIMA KASIH:: =)

1 comment:

izyan said...

wah.. tak sangka gambar akak wujud kt blog ni.. saje2 bace and then bile scroll ke bwh tgk2 ada gambr sndri... huhuee.. terkezut dibuatnye.. btw, tips yg menarik.. boleh dipraktikkan... ehheh.. thanx for sharing..

Related Posts with Thumbnails

::Nuffnanglicious::