::Nuffnanglicious::

Wednesday, November 17, 2010

::Keberkatan::

Kehilangan mood untuk update.
Entah kenapa.
Malas nak fikir.
Sehabis daya aku dah usaha gembirakan hati.
But still, terasa plastik.

Semalam temankan dia buat Dokumen Perjalanan Terhad.
Few more days dah nak berangkat ke seberang Laut China Selatan.
Buatkan jugak check list untuk barang-barang yang nak dibawak.
Had 20kg sahaja.
Memang sah tak boleh bawak aku sumbat dalam beg.
Sebab berat 58kg.
Huhu.
Sudah gemok.

Semalam sempat juga singgah makan ABC dan mee rebus kat depan The Store.
Orang kata makan kat situ sedap.
Hm..ABC sedap la.
Mee rebus kureng masin kureng pedas kureng manis.
N sempat juga singgah ambil gambar di Menara Condong.
Hm..dia ke Sarawak.
Aku?
Aku kekal di Selangor.
InsyaAllah akan setia menanti di sini.

Alhamdulillah.
Maybe berkat doa ibu n keluarga yg lain nak aku posting dekat-dekat saja.
Maybe rezeki aku di sini.
Senang sikit aku nak tengok-tengokkan ibu n embah kat rumah ni.
Dua-dua pun tak berapa sihat.
Harap-harap posting kat sekolah depan rumah ni je.
Tak payah pening kepala nak fikir tentang sewa rumah or bayar tol lalu highway.
Aminnnn...

"Salam Aidil Adha buat semua"
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Nota kecil : 
Serangga perosak itu kembali mengganggu. 
Aku ingat dah padam.
Rupa-rupanya masih ada.
Berdarah kembali hatiku.
-Unhappy-

::SILA LIKE JIKA ANDA SUKA ENTRY INI::TERIMA KASIH:: =)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

::Nuffnanglicious::