Tiba-tiba rasa nak update pasal makan.
Kek batik ni memang dah selalu buat.
Tapi tiap kali buat, tiap kali tu la lain-lain sukatan bahan2 nya.
Heheh..buat ikut suka hati saja.
Kali ni buat saja-saja sebab nak bawak pegi sekolah.
Minggu ni minggu terakhir kat SSB ni.
Selalu bawak kuih apam saja.
Hari ni tambah lagi satu kuih.
Alhamdulillah..habis dimakan.
Tiap kali buat, mesti teringat kat housemate masa praktikal dulu.
Dulu pernah kata nak buat masa duduk kat rumah sewa di Ipoh tu.
Tapi sampai ke sudah tak buat-buat.
Hehe.
Lain kali cik kak berdua buat lah sendiri yer.
Cara nak buat senang yang teramatlah sangat.
Bahan-bahan:
3/4 susu pekat manis apa brand pun boleh
3/4 buttercup sebuku tu
3/4 milo packet yg 400gm
serbuk koko secukup rasa
air secukupnya
300 gm Biskut Merie
Cara-cara:
-Sediakan satu mangkuk kosong sederhana besar.
-Satukan milo, serbuk koko, dengan air dan susu dalam mangkuk tadi.
-Jangan lupa patah-patahkan biskut Merie jadi empat @ tiga bahagian.
-Panaskan kuali dan masukkan Buttercup.
-Biarkan Buttercup jadi cair dan kemudian masukkan bahan dalam mangkuk tadi ke dalam kuali.
-Pastikan api dapur sentiasa kecil @ sederhana.
-Sentiasa kacau adunan dalam kuali sehingga campuran mendidih dan jadi pekat.
-Kalau tak kacau selalu, nanti hangus.
-Agak-agak dah cukup pekat, tutup api dapur.
-Bolehlah masukkan biskut Merie dan gaul sampai semua coklat kena pada biskut.
-Kemudian, tuang dalam bekas dan mampatkan adunan dalam bekas tersebut.
-Akhir sekali, biarkan sejuk dan boleh juga simpan dalam peti ais.
Dah siap boleh makan
=)
Tadi ada cikgu-cikgu perempuan kat bilik guru bagitahu sambil-sambil diorang makan kek tu.
Kalau nak biskut @ kek batik tu jadi rangup, simpan dalam bekas yang tertutup.
Ataupun, tuang campuran biskut dan coklat tadi ke dalam bekas tupperware yang boleh ditutup so tak lah masuk angin.
Baiklah.
Nanti lain kali simpan dalam tupperware pulak.
Ok.
Hari ni balik lambat sebab ada mesyuarat akhir tahun kat sekolah.
Even lagi tiga hari saja untuk diri ni berkhidmat,
attend jugak lah meeting tu.
Sekadar menghormati guru-guru lain.
Huhu.
Ngantuk.
Nak tido.
P.E.A.C.E
::SILA LIKE JIKA ANDA SUKA ENTRY INI::TERIMA KASIH:: =)

No comments:
Post a Comment