::Nuffnanglicious::

Tuesday, April 5, 2011

::Berlari Berkejaran::

Minggu ni tak masuk kelas lagi.
Direliefkan, utk standby Latihan Pusat Olahraga.

Baby blue pun sibuk nak buat hal.
Kejap rosak itu, kejap rosak ini.
Penat melayan.
Sebab tak tahu camane gaya nak melayan.

Sungguhlah diri ini anti-fizik.
Bila manusia sekeliling bercakap tentang enjin wiring shot segala bagai,
rasa pening kepala bagai nak pecah rasa.
Sangat tension ditambah lagi dengan orang ini cakap begini, orang itu cakap begitu.
I mastered zero level of car knowledge.
Blame me for hating physics and loving biology.

Next week pulak jadi Pengurus Pasukan olahraga negeri.
Right after that, will be arrival of the expected one and only SPP Interview.
Akhirnya sampai jugak my turn.
And soooo very glad it came in the middle of my pack days.
Rasa terkejar-kejar nak settle kan semua tugasan.
Apa pun, kenalah study semula ala-ala study untuk interview posting dulu.
Marilah kita membuka buku dan menghafal segala yang patut dihafal.
Tapi rasanya dah kurang rajin nak buka buku.
Lagi mudah tanya pakcik Google.
So boleh copy n paste di sini.
Senang nak baca, fahamkan n ulangkaji.
Things to be concern:

*************************************************************
NKRA
Bidang Keberhasilan Utama Negara
(National Key Result Area)

Ada 4 sub NKRA Pendidikan
1. Prasekolah
2. Literasi dan Numerasi (LINUS)
3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
4. Ganjaran untuk Pengetua/Guru Besar

How to apply NKRA in my subject (SCIENCE N PJK) ?
Maybe melibatkan SBT.


*************************************************************

FPK
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan # ke arah memperkembangkan lagi potensi individu # secara menyeluruh dan bersepadu # untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis # dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani # berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. # Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia # yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab # dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri # serta memberi sumbangan # terhadap keharmonian dan kemakmuran # masyarakat dan negara."

How to apply FPK in my subject (SCIENCE N PJK) ?
Mesti libatkan keseimbangan JERI.

*************************************************************

PIPP
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010)
Enam teras:
1. Membina negara bangsa
2. Membangunkan modal insan
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
4. Merapatkan jurang pendidikan
5. Memartabatkan profesion keguruan
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan


How to apply PIPP in my subject (SCIENCE N PJK) ?
Boleh kaitkan dengan pembentukan modal insan.

*************************************************************

1 Malaysia
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

*************************************************************

MBMMBI
Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasakan Bahasa Inggeris
Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.
Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT.
Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.
Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun.
Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015.
Bermula pada tahun 2012

Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia
P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT.
Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT.
Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia.
Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia.
Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris.

Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA.
Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid).
Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris.
Memperkenalkan language arts dalam PnP Bahasa Inggeris.

How to apply MBMMBI in my subject (SCIENCE N PJK) ?
Sangatlah berkait rapat dengan Sains n Biologi.

*************************************************************

Guru Cemerlang
Kriteria

*************************************************************
Visi n Misi sebagai guru
Elaborate

PERANAN GURU TERHADAP DIRI SENDIRI DAN KERJAYA
* Memahami segala bidang tugas
* Berpegang dan perbetulkan niat dalam menjalankan tugas
* Berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
* Sanggup berkorban
* Motivasikan diri dan menilai kerjaya sendiri

PERANAN GURU TERHADAP PARA PELAJAR
* Mengajar melalui proses pembelajaran terancang
* Membimbing cara belajar berkesan
* Membimbing teknik menjawab dalam peperiksaan
* Memberi analisis soalan tahun-tahun lepas dan soalan ramalan
* Menasihati dan memotivasikan semangat belajar para pelajar
* Mencipta hubungan baik dengan anak didik
* Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa pelajar
* Memberikan latihan sebagai latih tubi dan menandanya.
* Membentuk sahsiah dan disiplin para pelajar
* Membantu menyelesaikan semua masalah peribadi pelajar

PERANAN GURU TERHADAP IBU BAPA PELAJAR
* Memahami dan mempunyai rasa empati terhadap harapan ibu bapa pelajar

PERANAN GURU TERHADAP MASYARAKAT
* Berusaha bersungguh-sungguh untuk ‘memanusiakan’ manusia

PERANAN GURU TERHADAP NEGARA
* Menjadi insan terbaik agar dapat menghasilkan warganegara dan modal insan yang terbaik dan terbilang demi kemenjadian negara kita.


*************************************************************
Dasar 1 Murid 1 Sukan
Menekankan penglibatan setiap murid dalam sekurang-kurangnya 1 jenis sukan di sekolah.
Fokus kepada murid yang tak aktif.
Yang berpotensi tinggi, bakatnya digilap supaya sampai ke tahap yang lebih tinggi.


 *************************************************************

TIPS PERSEDIAAN TEMUDUGA


 *************************************************************

Ermm..nanti lah update lagi apa yang nak kena baca.
Mahu tidur dan mimpi indah setelah seharian dalam tekanan menghadap masalah.
Anyhow, dah release sikit tension tadi tengok movie FASTER.


 Oppss!! Sedikit seksi di situ.
THE ROCK PUJAAN MEMANG MACHO GILER!!
=D

::SILA LIKE JIKA ANDA SUKA ENTRY INI::TERIMA KASIH:: =)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

::Nuffnanglicious::