::Nuffnanglicious::

Saturday, April 2, 2011

::Tak cukup tanah::

Kebuntuan.
Kepenatan.
Kesesakan.

Tak tahu nak describe macamana lagi.
Sepanjang dua minggu lepas sangat sibuk dengan Kejohanan Olahraga MSSD.
Berjalan pun rasa macam tak cukup tanah sebab SSB jadi tuan rumah.
Semua hal tuan rumah yang uruskan.
Tugas orang lain pun tuan rumah jugak yang kena buat.
Semua benda nak kena hidang depan mata, nak kena suap.
Suap sup kaki mau tak?

Balik rumah letih tak ingat dunia.
Tidur lena macam baru lepas training zaman dulu kala.
Sampaikan tolong ibu pun sekerat jalan je.
Ampun ye ibu. 
Memang tak perasan bila masa terlelap.
Sedar2 dah jam 5 pagi.
Seminggu ni tiap hari pun macam tu.

Dah lama jugak tak jumpa team kawad kat sekolah.

Harap2 tak lupa steps.

Yang kat sekolah pulak sibuk bising kelas ditinggalkan.
Bukannya saya pergi stadium tu berpoya2.
Bukannya saya tak tinggalkan homework untuk budak2 buat.
Bukannya saya tak risau anak2 murid saya.
Alhamdulillah dapat budak kelas atas.
Semoga mereka boleh survive.

Next two weeks akan terus tiada di sekolah.
Terlibat dengan MSS Negeri pulak.
Tapi tak jauh pun.
Kat Kuala Selangor je.

Maka, arakian, semakin bisinglah mereka2 di sekolah itu.
Kalau anda tidak puas hati saya tidak mengajar di kelas, silalah gantikan saya di padang.
Uruskan segalanya. Saya no hal. Ok.

Kebuntuan tidak tahu ke mana nak diluahkan.
Semoga entry ini tidak dibaca oleh mereka2 itu.
Haha.

Sudah sedikit relief.
Mahu buat kerja part time pulak.
Boss yang seorang itu sangat cerewet.
Semoga tidak terlelap di meja malam ini.

Happy belated bufday to beloved Abg.
Walaupun sambal tempe ku yang dah selamat sampai dikau kate tak sedap, tak pe lah.
Sememangnya sukar nak puaskan hati semua orang.
Tapi saya dah cuba yang terbaik dan bersungguh-sungguh.
Terima kasih Pos Malaysia.

Semoga jodoh kita berpanjangan.
Semoga dimurahkan rezeki.
Semoga dipermudahkan perjalanan kita.
Aminnn.

::SILA LIKE JIKA ANDA SUKA ENTRY INI::TERIMA KASIH:: =)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

::Nuffnanglicious::