Sangat-sangat lega sudah terlepas azab temuduga SPP.
Bersyukur yang amat sebab semua yang dah study, ditanya oleh penemuduga.
Tapi ada juga yang tak terjawab.
Blur semacam rasanya.
Mungkin sebab jadi calon pertama disoal.
Kumpulan pertama juga yang masuk seawal jam 8 pagi.
************************************************
Perkenalkan diri masing-masing.
Terlupa nak cerita betapa aktifnya diri ini kat sekolah.
Kerugian besar di situ.
Nervous mungkin.
Setengah jam pertama.
Nyatakan apa itu Falsafah Pendidikan.
Terangkan by part antara 4 orang candidates.
Explain each JERI (Jasmani, emosi, rohani, intelek).
Explain each 5 characteristic (berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berkeupayaan, berketrampilan, bertanggungjawab).
Selingan
Bagaimana anda sebagai seorang guru boleh menjadi inspirasi kepada pelajar anda?
Apa makna modal insan?
Setengah jam seterusnya.
Apa itu NKRA?
Apa objektif NKRA?
Apa 6 bidang yang terdapat dalam NKRA?
Explain 4 sub dalam NKRA Pendidikan.
Bagaimana NKRA boleh membantu melahirkan modal insan yang cemerlang?
Soalan yang aku failed!
Berapa bilangan murid di sekolah anda?
Ingatkan aku saja yang tak tahu.
Rupanya kami 4 orang semua tak tahu jawapannya.
Bila jawab lebih kurang 2 ribu lebih, Tuan penemuduga tak boleh terima.
Beliau mahu angka yang tepat!
4 orang semua tak tahu berapa bilangan murid di sekolah masing-masing.
Hahaha.
*************************************************
Tapi overall Alhamdulillah boleh jawab.
Goreng sehangus mungkin.
Bagi sedap secukup rasa.
Kenangan Terakhir di SMK Taman SEA.
Rasa happy sebab dapat jumpa si mamat kerempeng dari SMK Taman SEA.
Maybe sebab kami key in permohonan hari tu sama-sama, so sebab tu dapat temuduga hari yang sama.
Bersyukur juga dapat penemuduga yang sporting dan cool.
Beliau lebih banyak terangkan kepada kami, apa matlamat yang sepatutnya ada dalam diri kami sebagai seorang pendidik.
Beliau mahu kami tahu betapa pentingnya FPK itu sebagai asas pendidikan.
NKRA pula sebagai salah satu isu semasa yang seharusnya diambil tahu oleh kakitangan kerajaan.
Selesai temuduga, sembang-sembang dengan calon lain dari bilik lain.
Soalannya MasyaAllah susahnya nak jawab.
Segala GTP, ETP, TOV, PIPP, semua ditanya.
Means pelbagai jenis topik lah agaknya.
Kalau kena macam tu mau letih jugak nak menjawab.
Depends on luck juga untuk dapat penemuduga yang best.
Anyway, semuanya dah berlalu.
Good luck kepada kawan-kawan lain.
Better be prepared earlier.
Mohon dipermudahkan segalanya.
Semuanya rezeki dari Allah.
Alhamdulillah.
Lepas ni boleh tidur lena, makan kenyang, mandi basah lencun.
Hati pun dah tak gundah gulana.
=)

No comments:
Post a Comment